# | Tajuk | Makluman | Tarikh |
---|---|---|---|
1 | Peperiksaan PSL Jabatan | Selaras dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Peperiksaan Bil 1/2014, ahli lembaga bersetuju bahawa mulai Tahun 2014 semua PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) dibawah Ketua Perkhidmatan Ketua Jabatan akan dikendalikan oleh urus setia Peperiksaan Jabatan yang berkenaan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia peperiksaan di talian 03-8911 5276. | 18-04-2014 |
2 | Syarat Menduduki Peperiksaan | Pegawai yang Layak memohon Peperiksaan Perkhidmatan (SUBJEK JABATAN) a) Pereka Gred B41, B27 dan B17 yang belum disahkan dalam perkhidmatan; b)Jurufotografi Gred B37, B31, B27, B25, B21 dan B17 yang belum disahkan dalam perkhidmatan; dan c) Jurusolek B25, B21 dan B17 yang belum disahkan dalam perkhidmatan. Pegawai yang Layak memohon Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke skim Pereka : a) Jurufotografi Gred B37/B38, B31/B32 dan B27/B28 yang telah disahkan dalam perkhidmatan; dan b) Jurusolek Gred B25, B21 dan B17 yang telah disahkan dalam perkhidmatan. |
18-04-2014 |
3 | Peperiksaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (JPA) | MAKLUMAN PENTING! Perhatian kepada calon (Setiausaha Pejabat N27, Pembantu Setiausaha Pejabat N17, Pembantu Tadbir Kewangan W17 & Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17) yang berminat untuk menduduki Peperiksaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 1. Tarikh Peperiksaan Ujian Menaip (Kederasan 18 p.s.m) adalah pada 26/01/2016 2. Tarikh Peperiksaan Pengambilan Nota Rintas pada 27/01/2016 . 3. Bagi calon yang telah mengemukakan permohonan melalui BPSM KKMM untuk menduduki Peperiksaan tersebut, nama tuan/puan telah dikemukakan kepada JPA. Namun adalah diingatkan supaya tuan/puan juga mengemukakan permohonan melalui laman web JPA (Bahagian Peperiksaan) untuk rujukan JPA. 4. Bagi calon yang masih berminat untuk menduduki peperiksaan tersebut dan belum mengemukakan permohonan melalui OSEM, tuan/puan bolehlah SEGERA memohon melalui laman web JPA (Bahagian Peperiksaan) kerana TARIKH TUTUP permohonan adalah pada 03/01/2016 . Sekian, terima kasih. |
29-12-2015 |
4 | Maklumat berkaitan Peperiksaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (JPA) | MAKLUMAN PENTING! Perhatian kepada calon (Setiausaha Pejabat N27, Pembantu Setiausaha Pejabat N17, Pembantu Tadbir Kewangan W17 & Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17) yang telah memohon menduduki Peperiksaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 1. Tarikh Peperiksaan Ujian Menaip (Kederasan 18 p.s.m) adalah pada 26/01/2016 2. Tarikh Peperiksaan Pengambilan Nota Rintas pada 27/01/2016 . 3. Tempat Peperiksaan : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras 20 Makmal Komputer, Kompleks KKMM Lot 4G9 Persiaran Perdana Presint 4, 62100 PUTRAJAYA. 4. Masa Peperiksaan : 9.30pagi (Nota Penting : Calon diminta untuk hadir setengah jam lebih awal dari masa peperiksaan yang akan dijalankan) Sekian, terima kasih. Cawangan Pembangunan Kerjaya |
19-01-2016 |
5 | Peperiksaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan JPA Tahun 2017 | MAKLUMAN PENTING! Perhatian kepada calon (Setiausaha Pejabat N29, Pembantu Setiausaha Pejabat N19, Pembantu Tadbir Kewangan W19 & Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N19) yang akan menduduki Peperiksaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa permohonan peperiksaan tersebut perlu didaftar terus ke laman web JPA ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan ). Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi pihak kami ditalian. Sekian, terima kasih. | 29-12-2016 |
6 | PENANGGUHAN PEPERIKSAAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN TAHUN 2021 | Makluman penting! PENANGGUHAN PEPERIKSAAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN TAHUN 2021 Perhatian kepada semua calon (Peperiksaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi Skim Jurufotografi Gred B19 & Pereka Gred B19/ B29/B41) Adalah dimaklumkan bahawa urusan peperiksaan perkhidmatan ini akan ditangguhkan pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak. Keadaan ini adalah kerana keadaan semasa pendamik Covid -19 dan penguatkuasaan PKP 3.0 daripada Majlis Keselamatan Negara. Sebarang kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Harap maklum. Sekian, terima kasih. |
24-05-2021 |
7 | Ralat: Keputusan Peperiksaan Skim Jurufotografi Gred B19 dan B29 | Ralat: Hebahan Keputusan Peperiksaan Skim Jurufotografi Gred B19 dan B29 sedang dalam penyelarasan teknikal. Keputusan peperiksaan akan dimuat naik pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Segala kesulitan amatlah dikesali. |
30-08-2022 |
8 | Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan | Hebahan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Skim Jurufotografi Gred B19 Siri 2/2023 dan Skim Pereka Gred B29 & B41 bagi Tahun 2023 telah dimuat naik. Harap maklum. Sekian, terima kasih. |
01-01-1970 |
9 | Peperiksaan Dalam Perkhidmatan | MAKLUMAN PENTING : Perhatian kepada semua calon Peperiksaan Dalam Perkhidmatan Skim Jurufotografi Gred B19, B29 dan Skim Pereka Gred B19, B29 & B41 Slip keputusan peperiksaan boleh dicetak bermula pada 15 Mac 2024 (Jumaat) Sekian, terima kasih. |
01-01-1970 |
10 | PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SKIM JURUFOTOGRAFI GRED B19, B29 & SKIM PEREKA GRED B19, B29, B41 TAHUN 2024 | MAKLUMAN PENTING : Perhatian kepada semua calon Peperiksaan Perkhidmatan Skim Jurufotografi Gred B19, B29 dan Skim Pereka Gred B19, B29, B41 sesi pertama bagi Tahun 2024. Permohonan peperiksaan telah dibuka bermula pada 6 Februari 2024 (Selasa) dan akan ditutup pada 16 Februari 2024 (Jumaat). Sekian, terima kasih. |
01-01-1970 |
Dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Komunikasi 2013-2015